May 20, 2011

Elak Boroi


1) Makan Dengan Perlahan. Jgn gelojoh2

Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.

2) Jangan Minum Teh

Daun Teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.

3)Kurangkan Pengambilan Garam

Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

4) Jangan Tidur Sejurus selepas makan

Makanan yang anda baru ambil itu pastinya tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur.

5) Jangan Mandi sejurus selepas makan

Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. Kalau boleh, sebelum makan, mandi lah dahulu yer

6) Jangan minum air semasa tengah makan

Nak minum air kena tunggu sampai habis makan. Makan sambil minum membuatkan perut buncit.

7) Banyakkan minum air kosong

Kurangkan minum yang manis-manis. Jangan minum beralkohol! Minuman alkohol memang bebas lemak tapi mengandungi banyak kalori. Minum beralkohol membuat perut akan boroi

8) Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. N rajin2 la buat sit up ;P

9) Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

10) Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

No comments:

Post a Comment